November 29, 2023

Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea, juga dikenali sebagai butterfly pea, adalah spesies yang berasal dari kawasan tropika dan subtropika seperti di Asia, termasuk India, Bangladesh, dan Thailand. Ia adalah tumbuhan menjalar yang tumbuh sehingga 2 meter tinggi dan mempunyai bunga berwarna biru cerah yang menarik.

Ciri-Ciri Bunga

Pokok Bunga Telang mempunyai daun majmuk dan bunga yang tumbuh berkelompok di hujung ranting.Bunga Telang boleh ditanam di pelbagai tempat, termasuk taman, kawasan rumah, kebun/ladang dan di tepi jalan. Ia lebih suka tanah yang subur dan cahaya matahari penuh atau sedikit teduhan. Bunga Telang tahan kepada cuaca kemarau dan panas.

Kegunaan dan Faedah

Terdapat banyak kegunaan dan kebaikan Bunga Telang. Bunga Telang dipercayai telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad. Tumbuhan ini dipercayai dapat merawat penyakit seperti insomnia, dan tekanan darah tinggi. Bunganya juga digunakan dalam teh herba dan sebagai pewarna semula jadi untuk makanan dan fabrik.

Penyelidikan mengenai Bunga Telang telah menunjukkan bahawa ia mempunyai beberapa komponen aktif dan fitokimia, termasuk flavonoid, saponin, dan tanin. Sebatian ini telah terbukti mempunyai pelbagai sifat perubatan, termasuk kesan anti-radang, dan anti-tumor.

Kesesuaian Pertumbuhan

Untuk membiak Bunga Telang, anda boleh menggunakan biji benih atau keratan. Untuk penjagaan Bunga Telang,ia tidaklah sukar. Siram tanaman dengan air yang mencukupi, tetapi pastikan anda tidak menyiramnya secara berlebihan kerana ia terdedah kepada reput akar. Baja pokok dengan baja organic atau baja kimia setiap beberapa bulan, dan pangkas ia untuk menggalakkan pertumbuhan baru.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *